tak lain tak bukan adalah handball...heheheh...ini adalah kesukaan aku..seperti dlm entry2 yg lepas...aku slalu bercerita pasal sukan ni...ntah mcm mana boleh terjatuh cinta kat sukan ni....aku dulu bukan player handball pun...aku lebih kepada hoki...sampai peringkat negeri...handball aku main masa kanak-kanak rasanya...hehehe...
tapi skg ia jadi kesukaan aku...satu sebab yg kuat aku nak pujuk hati ni kalau tak dapat pindah adalah handball...tiap kali tak dapat pindah, aku akan pindahkan segala perhatian aku tuk team ni...mulalah latihan intensif....mula awal...semata2 nak merawat kedukaan sebab tak dapat transfer...hahha...ni je yg boleh buat aku gumbira...hmmmm.....
dan tahun ni adalah tahun bertuah aku kot sepanjang aku di bumi miri ni...tetiba aku ditawarkan tuk jadi coach miri tuk handball...satu penghargaan yang paling bermakna bagi diri aku...walupun mayb org lain anggap apalah sangat dengan tugas tu...menghabiskan tenaga dan masa je....buat penat...tapi lain kalau kita minat...hahaha...peluang tu macam peluang keemasan...penat memang penat...banyak pengorbanan yang dituntut sepanjang menjalankan tanggunggjawab tu...tapi ianya berbaloi...
dalam kejohanan mss sarawak baru ni...pasukan perempuan miri berjaya menjadi naib johan, dan pasukan lelaki mendapat tempat ke empat....wlupn agak mengecewakan, tetapi itu adalah adat....apa yang berlaku disepanjang kejohanan...aku ambil sebagai pengalaman...pelbagai ragam manusia yang dapat aku lihat...tapi kita faham, semua nak menjadi johan...ketidakadilan as pengadil menjadi isu besar sepanjang kejohanan...tapi apa lagi kita nak buat, kita sebagai pemerhati...kalau tak kerana masalah ni, pasukan lelaki miri memang ada peluang....tapi Tuhan menentukan segalanya...kalau kita kecewa, pemain2 tu 10 kali lebih keciwa dari kita...so kita kena tabah n smile...:))
yang paling membanggakan aku adalah apabila salah seorang my student from Lutong yang berjaya terpilih untuk mewakili sarawak dalam SUKMA!!!!!...aku rasa nilah kejayaan terbesar sepanjang aku bergelar guru...bukan nak bangga diri..tapi aku berjaya melatih ferida, dari tak pernah pegang bola baling, tak tahu apa2 pasal handball.....tahun lepas aku telah bawa masuk dia dlm pasukan sekolah...akhirnya dia terpilih untuk SUKMA!!!...mcm tak percaya...aku doakan dia berjaya..skg semua atas dirinya sendiri..kalau nak berjaya dlm sukan, disiplin mesti kuat...after spm dia akan berada di pusat untuk training...kalau dia betul2 serius, dia boleh jadikan kerjaya...apapun...semua di tangannya sendiri....tugas aku skg, hanyalah bagi pandangan dan nasihat....:))
mss malaysia akan diadakan d klantan cuti nanti..means time tu aku akan ada dklntan....mayb aku akan pergi tuk bagi support coz ramai player sarawak dari miri....chrez, devis, rofina, anna, fiona...:))
mine!!!
setiap detik yang berlalu adalah kenangan yang terindah dalam hidup ini...enjoy yr life....


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home